assalamualaiikum :)

assalamualaiikum.....
sebaris perkataan sebagai pembuka kata
untuk kalian semua
semoga dirahmati oleh-NYA...
amin..... :)

Sunday 7 October 2012

KENAPA TAK BOLEH TIDUR???

salam..

jan dah 2.oo a.m tapi aku still tak boleh tidur ....
kenapa??
aku pun tak pasti... hehehehe

so kat sini aku nak kongsi KENAPA KORANG TAK BOLEH TIDUR (macam aku ni)....

KENAPA KORANG TAK BOLEH TIDUR??

1. korang da terlepas waktu tidur korang.
maksudnya korang biasa tidur pukul 12.00 a.m kan tapi korang terlajak ke pukul 1.00 a.m sebab tengok cite kat youtube (macam aku ni haaa) ke ape ke..
apa kaitan kan??
sebab otak korang dah automatik set yang korang akan tidur pukul berapa..

2. korang terlalu memikirkan sesuatu.
maksudnya korang ni  tengah pikir sangat sesuatu perkara tu..
contohnya korang gaduh dengan awek/pakwe korang kan.. so mesti sekarang korang tengah pikir macam mana nak pujuk diorang balik.. haaa.. sebab tu la.. korang paksa otak korang pikir lagii..
apa kaitan la pulak kan??
sebab even korang tidur pun korang mesti rasa tak selesa sebab masalah tu menganggu fikiran korang..

3. korang lapar...
hahahahhaha.. benda ni selalu terjadi kat aku,..
korang tak boleh tidur sebab perut korang lapar.. so jalan yang terbaik is isi perut korang dulu tapiiii jangan ambik makanan berat like nasi bcoz lepas korang makan mesti korang akan tertidur dengan sendiri. so juz eat some biscuit and milo. simple! perut pun kenyang..
apa hubungannya kan? (macam nak buat hipotesis la pulak)
hmm.. pernah dengar pantun ni tak?
gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut senang hati..
haa... so bila perut korang dah kenyang mesti korang senang hati and boleh tidur dengan lena... ZzZZZzzzzz...

4. tubuh badan korang tak bersih.
maksudnya korang tak mandi... bukannya seharian tak mandi tapi dalam masa yang terdekat korang nak tidur tu korang tak mandi.. jadi, moral value nya disini.. mandi la ye... :)
sebab apa la pulak??
sebab badan korang melekit and rasa tak selesa.. tambah2 kalau ada bau.. ewwww.. better jangan buat cam ni yo..

5. korang ni jenis yang time tidur tak tetap.
maksudnya korang tak da waktu tetap korang untuk tidur.. contohnya, semalam korang tidur pukul 12.00 a.m pastu hari ni korang tidur pukul 3.00 a.m... haaa.. tetap ka lagu tuu?? perbezaan jam dan minit yang sangat jauh.. (over ke ayat aku??)
jadi start dari hari ni saat ni jugak mind set kan otak anda untuk tidur pada waktu yang tetap.. kalau tak boleh try untuk tidur awal.. :)

semoga korang tidur dengan lena ya... ZZZZZzzzzzZZZzz
sebab aku pun rasa aku dah ngantuk.. hehehe
SELAMAT MALAM and GOOD MORNING ya.. :)



thank's a lot for reading this :)

Wednesday 3 October 2012

cerpen pendek: AKU UNTUK DIA?

Lambat lagi! Hari ni hari isnin 10.9.2012.. hmm.. Adlyn lambat lagi untuk ke kuliah..
Jam sudah menunjukkan angka 9.30 pagi. Maknanya sudah lebih setengah jam Adlyn lambat.

oh ya! lupa.. hehe.. Nama aku Adlyn Nashra Binti Ahmad. Umur 19 tahun.(tapi belum cukup 19 coz birthday aku jatuh pada 21.10 tapi xpe la kan) Sekarang aku belajar dekat Kolej Seri Antarabangsa. (hmm.. ala yang dekat KL tu laa..) kawan-kawan aku just panggil aku Adlyn. Family aku pulak panggil Asha ( aku pun tak tahu kenapa family aku panggil aku Asha. hmm.. biar je la kan.. ) aku ada satu bad habit. nak tahu apa.. hmm.. selalu TERlewat bangun (baca betul-betul TER bukan nye sengaja okay. hehe) And yang aku nak bagitahu korang sekarang is AKU LAMBAT LAGI!!

"whatever! yang penting aku attend jugak class Miss Shira hari ni."gumam Adlyn.

Setelah selesai memarkir keretanya lalu dia berjalan dengan tergesa-gesa.

"ouch!" tiba-tiba bahunya dilanggar.

"ish. Jalan tu pakai la mata bukan pakai kepala lutut! Ok bye." ceramah Adlyn seketika lalu bergegas meninggalkan parking lot tersebut.

"Tak cukup adab punya pompuan. Dia yang jalan macam ribut taufan nak sound aku pulak." bebel Azri.

"hey pompuan!" jerit Azri.

Adlyn yang masih berjalan dengan tergesa-gesa menoleh lalu menjeling tajam ke arah Azri.

"Alahai main jeling-jeling pulak dia. Menjeling-menjeling ku kan tendang mata kau bukannya lawa.(sempat lagi nyanyi tuu) Oi cik kak! Lain kali lepas langgar orang tu pandai la mintak maaf ye. Harap muka je lawa. ish! Nenek aku lagi lawa la."  bebel Azri lagi.

Adlyn berjalan dengan pantas tanpa menoleh sedikit pun pada Azri.  

sampai je kat kelas ketuk pintu then cakap "sorry miss saya lambat lagi". So Miss Shira cakap " it's okay Adlyn but you better not enter my class at all Adlyn. Thank you."

kan!

seisi kelas gelakkan aku. so aku slow-slow tutup pintu kelas lepas tu duduk tercongok kat tepi tangga.

"hmm.. apa la nasib aku kan." keluh Adlyn.

"hoi minah!"

pantas Adlyn menoleh. Dia lagi! aduyai!

"apa hoi-hoi tak reti bagi salam ke hah? kalau aku ada heart attack tak ke mati katak je aku kat sini nanti." bebel Adlyn marah.

"eleh. Heh! Ada aku kisah ke?? Tadi kau langgar aku pastu tak reti nak mintak maaf then sound aku siap jeling lagi and now kau sound aku lagi? banyak cantik muka kau." bebel Azri pula.

"memang aku cantik kalau tak kenapa kau tegur aku lagi kan? Iya tak? hahahahaha." balas Adlyn sambil ketawa.

"ish. Sah gila! Dah la gila perasan tahap gaban pulak tu. weh! geli hati perut limpa aku dengar kau cakap macam tu. Dah la malas aku nak minah gila macam kau ni. Dah la lambat pastu tak boleh masuk kelas. it's okay Adlyn but you better not enter my class. Thank you. hahahahahahahaha" balas Azri pula sambil tergelak besar lalu berlalu dari situ.

"bangla punya orang! Lantak kau la." bentak Adlyn tidak puas hati.

"baik aku balik je. boleh sambung tidur lagipun lepas ni tak ada kelas" fikir Adlyn.

lalu dia mengambil handphonenya di dalam beg dan menghantar SMS kepada temannya Liyana.

                 aku balik dulu. pape hal pergi rumah aku kay. chow!




bersambung................

(TERIMA KASIH KERANA MEMBACA KARYA YANG TIDAK SEBERAPA INI)
p/s: hanya untuk suka-suka. :)













Monday 1 October 2012

MIMPI

hmmm... sape2 pn pernah bermimpi kan? ye x? sy pasti jawapan u all msti 'ye' kan?? so, baru2 ni sy ade brmimpi tentang sy telah di timpa kemalangan dimana sy mnunggang motosikal then dgn tba2 motosikal sy terlanggar pmbahagi jalan lalu terbang melayang........ (confius! rse x logik pun ade gak)

ade sesetengah org pnah berkata bhawa mimpi itu hanyalah permainan tidur.. dan ade jugak kata mimpi itu adalah ptunjuk kpd perkara yang baik dan buruk... jadi apa mksud mimpi yang sbenarnya??

stelah mnjalankan proses cari gali dalam perut cik GOOGLE sy telah terjumpa sebuah blog yang bernama TAFSIRAN MIMPI - PANDANGAN MIMPI DALAM KONTEKS ISLAM.. (http://tafsirmimpi.wordpress.com/2012/04/20/pandangan-tentang-mimpi-dalam-konteks-islam/ )

> Oleh Mohd Fadly Samsudin
MASYARAKAT kita sering mengaitkan mimpi sebagai petunjuk kepada perkara baik atau buruk. Namun, tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat.
Pegawai Agama Masjid Putra Nilai, Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanafi, berkata kepercayaan masyarakat kepada penafsiran mimpi adalah tidak bersandarkan dalil syarie yang disepakati ulama mengenai kesahihannya.
“Kitab rujukan seperti Tajul Muluk dan sebagainya bukanlah satu kitab muktabar. Ia hanyalah petua orang terdahulu. Umat Islam perlu memilih panduan berkaitan permasalahan penafsiran mimpi ini sebagaimana hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:   “Jangan engkau ceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang alim atau orang yang cerdik akalnya.
“Nabi Yusof a.s diberikan mukjizat mahir menafsir mimpi sehingga berjaya mengeluarkan negara Mesir daripada kemarau yang panjang melalui mimpi rajanya ketika itu.
“Bahkan nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, sesiapa yang bermimpi berjumpaku dalam mimpi maka ia benar kerana iblis tidak dapat menyerupai wajahku.
“Persoalannya, sejauh mana keyakinan dan pengetahuan kita berkaitan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan di sinilah orang ramai mengaku berjumpa nabi s.a.w dalam mimpi yang mendakwa mereka berkomunikasi dengannya dalam bahasa Melayu,” katanya.
Beliau berkata menghairankan apabila nabi s.a.w berbangsa Arab Quraisy mampu bertutur dalam bahasa Melayu dan dengan itu terserlah tugas iblis yang mahu menyesatkan orang ramai.
“Petanda dalam mimpi seperti patah gigi, dibelit ular, dikejar ombak dan sebagainya ada tafsiran tersendiri sebagai ilham yang dikurniakan kepada individu dengan syarat tertentu seperti orang itu bertakwa, tidak melakukan maksiat. Barulah petunjuk itu hampir kepadanya.
“Paling jelas, sekiranya seseorang bermimpi berada dalam rumah ibadat agama lain itu adalah petanda orang berkenaan akan ditimpa musibah sihir,” katanya.
Beliau berkata apabila kita bermimpi perkara buruk atau ngeri, nabi s.a.w mengajar kita supaya mendapatkan berlindung daripada Allah s.w.t.
Menurutnya, orang yang mendakwa bermimpi arwah boleh disebabkan waris amat merinduinya sehingga terbawa-bawa dalam tidur.
“Justeru, pastikan kita mengikut sunnah sebagaimana yang diajar nabi seperti membaca ayat Kursi.
Hadis al-Bukhari yang diriwayatkan
oleh Abu Hurairah r.a, Baginda bersabda yang bermaksud: Apabila engkau
baring di tempat tidurmu, maka
bacalah ayat Kursi. Maka sesungguhnya akan sentiasa bersamamu penjaga daripada Allah dan syaitan tidak menghampirimu sehingga subuh.
“Nabi juga mengajar supaya merapatkan kedua belah tangan, kemudian meniup keduanya dengan membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq
dan an-Nas kemudiannya menyapu seluruh tubuhnya dengan kedua belah tangan dimulakan dari kepala,
muka kemudian seluruh badan yang tercapai tangan sebanyak tiga kali,” katanya
jadi untuk mengelakkan kita bermimpi tentang kejadian yang bukan2 so bacalah ayat kursi sblum tdo and jangan lupa bsuh kaki okayy... 
so a lot thank you to blog http://tafsirmimpi.wordpress.com/2012/04/20/pandangan-tentang-mimpi-dalam-konteks-islam/ untuk informasi anda mngenai mimpi... :)

Sunday 12 August 2012

hmmmm...

now cuti raya 3 weeks!
dlm hppy ade gak sdih.. hehe
btw now i boring like crazy...
hmm...
ase cam nak kuar la.. :P
k la
gonna miss u CAPITAL A.. :D